Semalam, pergi beli makan malam. Pergi ke Ijan Burger yang best n top:)
"Burger Ayam tiga."
"Ok!" Bro Ijan guna teropong tangan.
"Hah, dia!"
"Orang lama!"
Kami bersuara serentak dan ketawa.
Mizmia ambil tempat di bangku panjang-mengadap Bro Ijan yang sedang tak menang tangan. Di sebelah ada seorang kanak-kanak lingkungan 8-9 tahun.
8.41 malam. Teringat Anugerah Skrin yang akan bermula jam 9. "Lama tak?"
"Hari inilah siap!" Ceh, itu semua orang tahu.
"Hmm...10 minit." Bro Ijan beri jawapan yang dinanti.
Mizmia terangguk puas hati. Sempat... rumah tak jauh pun. Mizmia perhati Bro Ijan bekerja. Cekap! Mizmia tengok sekeliling. Mengira jumlah pekerja, dapur dan peralatan lain. Terselit rasa kagum. Mizmia jadi teringat 11 tahun yang lalu: sewaktu mula-mula Bro Ijan berniaga. Hanya dia dan seorang sahabat-sebuah gerai tolak beroda (apa ya kita panggil? namanya?)
Oh, terlalu banyak beza. Mizmia turut berbangga! Sebab? Jadi antara pelanggan yang terawal yang jatuh cinta. Yup! Rasa yang asli-tak pernah bertukar-lazat amat istimewa menjadikan cinta tersebut masih kekal hingga ke detik ini.
Mizmia juga tabik pada Bro Ijan sebab walaupun bergelar 'BOS'... dia tetap berpeluh-berpanas-penat dan lelah memasak Burger yang enak. 'Terkenang Saadom-Papadom;)'
Hmm... menanti dan memerhati, Mizmia terpandang sesuatu... (poster promosi yang penuh tertampal pada dinding gerai)
OBLONG!
Nama yang pelik-unik dan ada unsur tarikan. Baru berkira-kira mahu bertanya...
"Tak nak cuba burger baru?" Bro Ijan seolahnya mampu x-ray imbasan otak.
"Oblong? Peliknya!"
"Cubalah... sedap!" Bro Ijan tak mungkin cakap yang sebaliknya, haha.
"Nantilah, lain kali." Melihat harga Oblong yang eksklusif beserta fakta tiga burger yang telah diminta, jawapan terbaik dari Mizmia!
Bro Ijan angguk dan menambah. "Macam Prosperity!"
Iya. Mizmia turut bersetuju. Memang bentuknya kelihatan serupa dengan burger bermusim dari Macdonald itu. Ok... dalam diam simpan hajat untuk membeli. Tunggulah di kesempatan yang lain. Selesai bayar dan masuk kereta, terus bercerita. Emak Mizmia beritahu yang maksud Oblong adalah bentuk. Sama macam Pentagon-heksagon dan lain-lain. Mizmia yang tak minat Matematik memang tak ingat semua tu. Macam pelik sangat dan kali pertama jumpa perkataan 'Oblong'. Oh naifnya:P
Dulu, masa mula-mula beli burger Ijan, harganya ialah RM 1.40. Dari tahun ke tahun mengikut perkembangan ekonomi dan harga barang mentah, sudah tentu angka tersebut berubah. Semalam... Mizmia membayar Rm 7.50. Iya, harga sebuah burger : RM 2.50. Orang tak pernah serik-pelanggan semakin bertambah-duit yang dilaburkan berbaloi sebab kualiti rasa yang terjamin. Sangat sedap!
Berapa harga Oblong? Rm 4.50~
04 December 2009
29 November 2009
68 Soneta Pohon Gingko

Baru-baru ini, sedang tak ketahuan hendak buat apa-sedang termenung mencari konklusi... terpandang dan terpanggil oleh rak kayu di sudut bilik. Tidak sampai lima minit, buku istimewa berkulit cantik ini dicapai dan tuan punya diri tenggelam bersama olah bahasa yang indah. Saya bukanlah peminat puisi. Saya tak pernah beli buku puisi. Namun, tiga sebab kukuh ingin memiliki:
- Rasa kagum dan hormat terhadap kewibawaan A. Samad Said
- Kulit dan saiz buku yang menarik hati
- Harga promosi yang murah
Ianya dibeli semasa Pesta Buku 2008. Baca separuh jalan dan setelah setahun lebih... bertemu noktahnya:)
19 November 2009
Demam Itu Ini
DEMAM... bukanlah sesuatu yang pelik untuk aku, dalam hidup aku semenjak telah bekerja. Tapi, memang demam yang tak jejak ke klinik pun, setakat rawat dan berehat sendiri. Sebenarnya, aku hanya perlu jaga segala yang asas... cukup makan-cukup tidur-cukup bersih cukup selesa fizikal dan mental. Tapi, biasalah... kita tak mampu kawal semua perkara. Saat ini aku sedang demam beberapa kategori:
Satu : Demam mengenangkan manuskrip yang sudah lama tertangguh.
Dua : Terlalu banyak benda yang nak dicurahkan ke blog-berkajang cerita yang nak diluahkan sampai sesak jiwa-entah bila akan kesampaian. Hai, memang demam dibuatnya.
Tiga : Masih ada beberapa buah buku yang minta perhatian. Ada yang sekerat jalan, ada yang belum sempat sentuh walau dah berbulan dalam simpanan. Tak banyak, tapi lebih dari sepuluh la... (tekanan tak dapat baca pun boleh jadi demam)
Sudahlah... semua orang memiliki detik dari terbit matahari hingga gelap malam. Tak ada beza. Tak ada persoalan. Tak ada alasan. Demam? Tak kira apa jenis demam sekalipun, semua orang pasti terkena virus tersebut. Ia adalah sebahagian dari hidup kita. Teruslah melangkah, pandang ke hadapan... jauh, nun di sana.
Whisper words of wisdom, let it be... (The Beatles)

17 July 2009
Tumpang Pinjam SEMANGAT Ain Maisarah
Fuh..sakit kepala sakit segala (bukan la sakit yg migrain) Sakit sebab risau + rushing nak perah otak.. saat bertukar minit-jam-hari dan..minggu! Oh.. setakat itu je yg ado. Takkan bertukar kepada bulan.. minggu yg ada pun tak sampai..ah! Tak sanggup nak disebut! Masa memang suntuk!
Walau macam manapun..mesti siap..tak boleh tak..Ain Maisarah dan Cik Abang dah sangat sporting dan baik hati..
TERIMA KASIH BANGAT!
Hari ini berapa haribulan? Wah tak nak jawabbbb…
NGERI! Bukan sebab perkara2 yang menakutkan atau mencemaskan... tapi, sebab DATELINE yang tersangat dekat.
Mizmia pesan pada mizmia : FOKUS! Tolonglah reti bezakan perkara yang penting dengan tak penting.
LAGU TEMA : Engkau Boleh
Perkataan yang berulang dalam otak dan hati tiap masa : Boleh...mesti boleh punya!
Alat bantuan kecemasan : eye more - kopi - mineral dan.. JAJAN (ikut keperluan)
Peluang bekerjasama dengan Ain adalah sesuatu yang sangat keemasan. Mizmia kena bersungguh dan laksanakan amanah yang telah diberi.
Semoga semuanya berjalan lancar... Amin.

16 June 2009
I Go : Kau pergi
So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong
The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life you're my sweetest nightingale
But I can't hear it here no more
And I go...
I go...
Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face
song by pete teo
i go : aizat (ost talentime)
24 May 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)